Nabi Muhammad SAW ialah nabi dan rasul terakhir diutuskan kepada umat manusia. Kerasulan baginda di hari perlantikkanya sebagai rasul merupakan berita yang sungguh mengemparkan berbanding berita-berita lain. Oleh itu, sejarah manusia telah menyaksikan kebangkitan insan bernama Muhammad dalam sebuah masyarakat yang tidak bertamadun menjadi seorang yang teristimewa. SahsiahNya dihiasi dengan pelbagai kemuliaan dan budi perketi yang luhur. Baginda SAW diutus dengan kebijaksanaan, perdamaian, kebahagian dan keimanan kepada semua. Di samping nilai-nilai kemanusiaan juga diterap pada dirinya oleh Allah Yang Maha Pencipta. Kepelbagaian sifat terpuji seperti rendah diri, kasih sayang, bersikap ihsan, dan sebagainya. Baginda SAW telah dijadikan contoh teladan terbaik dalam memdidik umat manusia berakhlak dan beradab. Buku ini menceritakan keperibadian mulia dan unggul Rasulullah SAW. Semua keperibadian mulia dan indah Baginda dirakam dan tidak akan terpadam hingga akhir zaman. Tidak ketinggalan bagi menggambarkan kepada kita tentang kisah Nabi Muhammad SAW dari seorang yatim piatu menjadi manusia paling agung yang mengumpul semua sifat terpuji. Rangkuman sifat-sifat tersebut akan terpancar kepada setiap umat manusia umpama bintang dilangit yang bergemerlapan pada waku malam hari.